Wednesday

Dua Bulan Tanpa Awak

hari ini genap dua bulan kami berpisah. Dan tarikh ini juga kami pernah membina kehidupan bersama. tapi kini itu menjadi kenangan kami bersama yang cukup indah terukir di hati. masih ingat lagi,
 kalau dahulu kami bersama, bermacam cerita yang ingin dikongsi tak kira masa dan tempat. tersenyum melihat telatah si dia mencerita ketika itu dengan bersungguh - sungguh. 
ingat lagi ketika bergaduh, aku sahaja yang terpaksa pujuk, maklum lar hati perempuan. tapi perlu ingat, bukan semua gadis di luar boleh menjadi seperti dia,
 contoh nya, dia banyak bersabar melayan kerenah aku, berdiam diri ketika aku marah, menjadi pendengar nombor satu aku. macam - macam lagi yang dia sudah lakukan untuk bukti kan yang dia sangat mencintai aku. tapi itu dahulu, kini hubungan kami semakin rengang dan semakin jauh untuk mengenali hati masing - masing. masih segar diingatan aku dengan kata - kata si dia,
"by, cyg syg by sgt2..by jgn tinggal an cyg au,".
ucapan yang dahulu aku kerap dengar dan aku sangat merindui ucapan seperti itu lagi ketika ini. aku akui aku sudah menyakit kan hati si dia dan tak mungkin si dia akan memaafkan aku lagi.
 aku akui juga aku sudah buat kan dia tidak percaya dengan aku lagi.
 aku dah melakukan kesilapan lagi sekali. besar nya dosa aku kat dia. rasa bersalah dan malu dengan sikap aku ini. dan mungkin sudah tertulis bahawa si dia bukan untuk aku dan tidak sesuai aku memiliki seorang gadis yang berjaya mengubah keseluruhan kehidupan aku. 
aku rindu dia sangat - sangat. jika diberikan peluang sekali lagi, ingin aku buktikan bahawa si dia sungguh penting buat diri ku dan ingin juga aku bukti kan yang aku ingin bersama dia sampai bila - bila. alang indah nya jika peluang itu datang bergolek. tapi itu lar dunia sebenar,
 tak semua di dunia ini kekal. kadang - kadang terfikir juga, 
apa kah yang dilakukan si dia sekarang? aku pernah untuk melupakan si dia tapi semakin aku ingin lupa kan si dia, semakin perit untuk aku akur dengan hakikat yang si dia bukan lagi milik aku.
cyg tau tiap malam aku menatap gambar - gambar si dia. bertapa aku merindui dia. mungin kini si dia sudah melupakan aku, dan aku mengharap kan dia masih tidak melupakan aku. antara kata - kata si dia menjadi penyunting semangat aku,"by, mmg dlu org knl by sbgai pelajar bermasalah, tp by ta bole brdiam diri, mulai saat nie, by bkti an yg by pown ley berjaye sprti org lain. bkti an syng. by ley brjye. percye lar,". 
kata - kata yang membuatkan aku perlu berubah ketika dulu. terima kasih sya! aku hargai sangat - sangat tiap nasihat dia. mungkin dia tak tahu yang aku menghargai semua itu. terima kasih. 
tapi aku lalai menghitung hari bersama dia, aku dah melakukan kesalahan yang besar. aku tak percaya kan dia lagi dan aku terlampau mendengar kata - kata kawan - kawan. aku ingat aku betul semua benda. tapi aku SILAP! aku tak cukup bagus dan aku terlampau percaya kata kawan - kawan aku., 
maaf kan aku sya. kini, aku cuma mampu berharap agar si dia terbuka pintu hati untuk menerima aku kembali. adakah harapan aku akan menjadi kenyataan? munstahil dan tak akan terjadi apa yang aku harap kan. 
alang kan bagus nya si dia boleh melihat tiap luahan aku di blog ini :(